Jarang Melawat Ibu Kerana Sibuk, Gong Yoo Minta Maaf

8 Mei 2017. 10.38 PM
2,168
Hiburan
Jarang Melawat Ibu Kerana Sibuk, Gong Yoo Minta Maaf
Pelakon popular menerusi filem Train To Busan, Gong Yoo menitiskan air mata ketika memohon maaf kepada ibunya kerana jarang melawat akibat terlalu sibuk.
 
Perkara itu diluahkan oleh Gong Yoo ketika memberi ucapan selepas menerima trofi Pelakon Lelaki Terbaik untuk drama Goblin pada Anugerah Baeksang KE-53 yang berlangsung baru-baru ini.
 
“Disebabkan saya terlalu sibuk dengan aktiviti promosi dan jadual penggambaran membuatkan saya kurang masa untuk bersama ibu.
 
“Ibu mengadu dia kecewa dengan sikap saya dan merasakan anaknya ini telah menjadi orang lain.
 
“Saya akui tidak menjadi anak yang baik untuk ibu saya. Ibu saya mohon maaf dan saya harap ibu sentiasa sihat,” katanya.
 
Sumber: Soompi
 
 

Artikel Berkaitan


Komen