Anggota kumpulan Red Velvet, Seulgi hanya mengamalkan senaman pilates untuk mengekalkan bentuk badan yang cantik.

Perkara itu didedahkan oleh Seulgi menerusi satu temubual bersama majalah Singles edisi terbaru untuk bulan May.

Menurut penyanyi berusia 23 tahun ini, biarpun pilates dikategorikan sebagai senaman berintensi rendah namun cara tersebut tetap berkesan.

“Saya gemar melakukan pilates untuk menjaga dan mengekalkan bentuk badan saya.

“Fokus utama senaman ini adalah untuk melatih serta memperbaiki otot dan sendi dalam badan.

“Jadi secara tidak langsung, mereka yang melakukan senaman ini akan merasai perubahan pada bentuk badan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Seulgi bakal membintangi drama terbaru berjudul Idol Drama Operation Team.

Sumber: Soompi, Allkpop