Video Anak Kecil Menjawab Ketika Dimarahi Bapa Catat Lebih Sejuta Tontonan

3 Mei 2017. 12.18 PM
223,120
Viral
Video Anak Kecil Menjawab Ketika Dimarahi Bapa Catat Lebih Sejuta Tontonan
Semalam, video seorang bapa memarahi anaknya telah mendapat perhatian netizen di media sosial.
 
Video yang telah ditonton lebih daripada sejuta pengguna Facebook itu memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dimarahi ayahnya kerana bermain dengan gunting.
 
Lucunya, apabila dimarahi kanak-kanak perempuan itu membalas dengan jawapan yang spontan dan mencuit hati penonton.

Bapa tersebut yang risau dengan keselamatan anaknya telah menegur dan mengingatkan kanak-kanak itu agar tidak bermain dengan objek tajam.
 
Setelah dimarahi, riaksi spontan anak kecil itu yang takut dan cuba untuk menyalahkan abangnya telah mendapat pelbagai komen daripada netizen.
 
Kebanyakannya mengatakan bahawa anak kecil itu bijak menjawab selain riaksinya yang dianggap comel dan lucu.
 
Video tersebut juga telah mendapat sejuta tontonan sejak di kongsi semalam, selain turut mendapat lebih dari 42 ribu perkongsian dan mendapat lebih 30 ribu likes.



Teks Oleh : Izzat Ridzwan
Kredit : FB Viral Media Johor
 

Artikel Berkaitan


Komen