Walaupun baru berusia tiga tahun, anak kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya iaitu Lara Alana akan mula membayar cukai pendapatan tahun ini.

Menurut Scha al-Yahya, Lara sudah mampu menjana pendapatannya sendiri dan disebabkan itulah dia perlu membayar cukai pendapatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Katanya lagi, dia dan Awal sudah melantik seorang ejen untuk menguruskan pendapatan Lara, susulan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak LHDN.

Dan mulai tahun ini Lara sudah wajib menfailkan cukai pendapatan pertamanya di LHDN.

“Lara Alana sudah ada fail cukai pendapatan di LHDN dan akan mula membayar cukai pertamanya tahun ini.

“Kami menyerahkan kepada ejen menguruskan akaun Lara Alana. Akaun itu berbeza daripada saya dan Awal. Ejen itu berperanan sebagai wakil untuk menghantar dan menguruskan cukai anak kami,” katanya.

Inilah selebriti yang wajar dicontohi kerana tidak melupakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia!

Diharap selepas ini lebih ramai lagi anak-anak selebriti yang sudah ada pendapatan sendiri mengikut jejak langkah Lara.

Sumber: BH Online