Pelawak dan penyampai radio, Ajak, tersentuh apabila menerima kiriman Whatsapp daripada sahabatnya yang juga anggota kumpulan Shiro, Shahrol, selepas tamat persembahan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017 malam tadi (Jumaat).

Ajak, telah memuatnaik kiriman Whatsapp Shahrol di akaun Instagramnya, dan entri tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya di laman sosial tersebut.

Selain berkongsi rasa, Ajak turut memohon maaf kepada peminat Shiro kerana telah mengecewakan mereka pada persembahan kedua mereka di MLM 2017 bertemakan, ‘Kisah Seram Berloghat’.

Menerusi entri tersebut, Ajak menulis:

“Aku tak tau kenapa aku touching dapat mesej kau...Maaf semua fans...Kami pun kecewa persembahan kedua tadi...Insyaallah kami perbaiki minggu depan...Ingat tak apa ko cakap dulu? "Jom Jak! Xde Kau Xde Aku!"@shahrol_shiro @shironattorsfc_official @shiro_troopers @ajaklovers_official. #Buddies #Friendship #Shiro

Di ruangan komen, pengikut dan peminat Shiro telah memberikan kata-kata semangat disamping mendoakan persahabatan Ajak dan Shahrol kekal selamanya.



Minggu Suku Akhir MLM 2017 menyaksikan tujuh beserta beraksi menerusi dua persembahan bertemakan ‘Viral dan Kisah Seram Berloghat’.

Dua penyingkiran telah diumumkan dan kumpulan Abioso serta Masin meninggalkan pentas MLM 2017 pada minggu ke sepuluh.

Tinggal lima lagi peserta yang akan berentap di minggu separuh akhir bertemakan ‘Duit dan Parodi’.

Antara Shiro, Bocey, Zero, Puteh dan Dzawin, siapa lanun lawak kegemaran anda yang bakal menempatkan diri di pentas akhir MLM 2017 sekaligus memenangi wang tunai berjumlah RM500,000?

Teruskan mengundi lanun lawak anda dengan menghantarkan SMS ke 32777. [[Contoh: taip ML20 Shiro dan hantar]].

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda sebagai Gempak Man Of The Match (GMOTM), klik di sini ----> MAHARAJA LAWAK MEGA 2017

Selain itu, penonton boleh juga mengikuti Twitter (@maharajalawakmega) serta akaun Instagram @AstroGempak @ZonLawak @maharajalawakmega untuk dapatkan live update mengenai MLM 2017 satu jam sebelum bermula rancangan.