Penyanyi Siti Nordiana, 32, bakal muncul dengan sebuah buku biografi yang menceritakan mengenai perjalanan hidupnya sebagai anak seni.
Pemilik nama asal Siti Nordiana Alias ini sedang dalam proses untuk mengumpulkan material yang bakal dimuatkan dalam buku biografinya nanti.
“Semuanya masih dalam proses dan perancangan lagi. Sudah dua tahun proses tersebut berjalan dan buku tersebut masih belum disiapkan lagi. Saya tidak mahu mengambil langkah tergesa-gesa untuk menerbitkan sebuah buku.
“Bagi saya, biarlah apa yang terkandung dalam buku itu nanti menjadi sebuah naskah yang berkualiti apabila dibaca kelak. Saya tak mahu mengeluarkan buku yang ala kadar sahaja,” kata wanita yang mesra disapa sebagai Nana ini.
Selain itu, Nana juga akan memperkenalkan rangkaian perniagaan baru selepas muncul dengan koleksi tudung jenama NanaRayyan.
“Alhamdulillah, jenama hijab milik saya mendapat sambutan hangat. Selepas ini, saya bakal muncul pula dengan rangkaian gincu untuk wanita. Rangkaian gincu itu akan diberi nama SND Lipstick,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Nana bakal mengacarakan program Gema Gegar Vaganza (GGV) yang bermula Sabtu ini.
GGV merupakan program pertandingan nyanyian Islamik berkonsepkan realiti televisyen terbaru yang bakal bersiaran di saluran Astro Oasis dan Astro Maya HD bermula 8 April ini pada jam 9.00 malam.
Nana juga turut tercalon dalam kategori Penyanyi MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP untuk Anugerah Meletop Era 2017 (AME 2017).
Talian undian fasa kedua bagi menentukan pemenang akhir AME 2017 boleh diundi menerusi laman web www.anugerahmeletopera.com.my dan www.era.fm serta aplikasi ERA dan Raku bermula 28 Mac sehingga 23 April ini.
AME 2017 bakal menyaksikan Neelofa, Nabil Ahmad dan Johan sebagai pengacara. Penyampai Era FM, Radin serta Fad Bocey akan mengendalikan acara Karpet MeleTOP.
AME 2017 bakal bersiaran secara langsung di Stadium Malawati Shah Alam pada Ahad, 23 April 2017 jam 9.00 malam dan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
Tue Apr 04 2017
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.