Berita baik buat peminat anime kerana Festival anime terbesar tahunan, AnimeXover akan menemui anda semua pada 8 dan 9 April ini di Pusat Konvesnyen Sunway Pyramid.

Menarik lagi, acara itu akan dimeriahkan lagi dengan konsert ‘AniSong’ yang akan menampilkan kumpulan yang cukup dikenali di dunia anime iaitu, Tempura Kidz, Ram Rider dan Anna Yano!.

Bertemakan “Timur bertemu Barat”, acara yang berlangsung selama dua hari bermula 10 pagi hingga 6 petang itu turut menyediakan pelbagai lagi aktiviti menarik khas buat peminat-peminat anime.

Festival AnimeXOver turut mempamerkan model serta karakter animasi terkenal seperti Super Hero, R2D2, Han Solo Carbonite, Millennium Falcon Cockpit dan Vintage Robots.



Malah turut diadakan peraduan E-Sukan seperti Counter-Strike: Global Offensive (CSGO) dan Dota 2 selain pertandingan Cosplay dengan tawaran hadiah wang tunai khas buat pengunjung.

Turut disediakan 30 buah gerai jualan barangan dan permainan untuk membolehkan peminat mendapatkan barangan anime diminati.

Pengunjung hanya akan dikenakan bayaran kemasukan sebanyak RM20 untuk menyertai karnival hebat ini!