Adi Putra Tidak Hadir, Kes Sebutan Cerai Ditangguh

31 Mac 2017. 11.54 AM
4,084
Hiburan
Adi Putra Tidak Hadir, Kes Sebutan Cerai Ditangguh
Kes sebutan kedua  permohonan perceraian isteri pertama Adi Putra ditangguhkan apabila Plaintif (Adi Putra) tidak dapat menghadirkan diri  di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pagi ini.

Ia akan ditangguhkan kepada satu tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.

Mengikut sumber mahkamah, kes Adi sepatutnya disebut di depan Hakim bertugas, Tuan Izzat Syazli Mushid sekitar pukul 9.30 pagi.

Tarikh bagi kes yang sama akan ditetapkan pihak Hakim pada satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian selepas perbincangan antara pihak mahkamah dan Adi kelak.

Sebelum ini sebutan pertama kes perceraian Plaintiff ditangguhkan sekitar Mac lalu.

Sumber: Utusan

Artikel Berkaitan