Pelakon yang memegang watak heroin dalam drama bersiri menjadi penggerak dan nadi utama untuk sesebuah naskah.
Perkembangan watak seorang heroin dalam melakonkan sesebuah karakter juga menjadi sebab sebuah drama bersiri mendapat perhatian orang ramai.
Bersempena Malam Throwbaek Drama yang bakal berlangsung pada 1 April ini, Astro Gempak mengimbas semua calon akhir bagi kategori Heroin Throwbaek:
Fasha Sandha
Watak yang dibawakan oleh Fasha Sandha dalam drama bersiri Lara Aishah nyata masih melekat dalam kepala penonton. Drama yang turut menampilkan Nazim Othman dan Dian P. Ramlee itu menjadi fenomena penonton drama bersiri yang tak sabar menantikan kesudahannya.
Neelofa
Setelah sekian lama tidak muncul dalam mana-mana telefilem dan drama bersiri, kehadiran Neelofa dalam membawakan watak Warda Erina meninggalkan kesan di hati peminat. Gandingan Fattah Amin dan Neelofa menjadi bualan hangat semenjak episod pertama Suri Hari Mr. Pilot disiarkan.
KLIK DI SINI - VIDEO: Tonton Episod Penuh Drama Bersiri SURI HATI MR PILOT
Ayda Jebat
Kenakalan Ayda Jebat nyata menjadi dalam drama bersiri Awak Sangat Nakal. Membawakan watak sebagai Erine Johanna, Ayda memikat penonton bersiri ini dengan kelincahan dan kelucuan wataknya. Menerusi drama bersiri ini, Ayda bergandingan bersama Sharnaaz Ahmad.
Siti Nordiana
Sekian lama tidak muncul dalam persada lakonan, Siti Nordiana kembali memukau menerusi karakter Hani Safira. Drama bersiri Dia Semanis Honey ini berjaya melonjakkan nama Alif Satar dan Siti Nordiana sebagai pasangan serasi dalam skrin.
Amyra Rosli
Karakter Seroja Irdina, gadis remaja aktif yang mencuri hati milik Tuan Ihsan memberi tuah kepada Amyra Rosli. Ramai penonton yang gemarkan karakter Amyra dalam drama bersiri ini dan tidak menyangka Amyra berjaya membawakan watak remaja ‘gedik’.
Malam Throwbaek Drama yang bakal berlangsung pada 1 April ini di Hotel Primiera, Kuala Lumpur.
Keseluruhan kategori yang dipertandingkan adalah sebanyak sebelas buah kategori. Lapan kategori adalah berdasarkan 50% undian online dan 50% penilaian juri Astro.
Kategori tersebut ialah Kapel Throwbaek, Watak Paling Meminta, Otai Throwbaek, Scene Paling Win, Pelakon Paling Membantu, OST Throwbaek, Hero Throwbaek dan Heroin Throwbaek.
Manakala tiga buah kategori lagi adalah 100% pilihan juri. Kategori-kategori tersebut adalah Drama Throwbaek, Fan Club Throwbaek dan Pelakon Paling Gigih.
Peminat boleh mengundi artis kegemaran mereka secara online menerusi akaun Instagram H Live (@officialhlive) bermula 24 Mac sehingga 30 Mac 2017.
Pemenang untuk setiap kategori akan diumumkan pada Malam Throwbaek Drama kelak. Setiap undian yang dihantar haruslah diterima dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Hadirkan diri ke Karnival Throwbaek Drama yang sedang berlangsung di Nu Sentral sehingga 26 Mac ini.
Jangan lepaskan peluang anda untuk beramah mesra dengan artis kesayangan anda! Jangan lupa untuk datang dan memeriahkan #KarnivalThrowbaekDrama!
Pelbagai aktiviti menarik seperti sesi screening, sesi pencarian wajah baru drama serta sesi meet and greetbersama artis terkemuka turut diadakan bermula jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam bersempena dengan #KarnivalThrowbaekDrama.
Untuk pelbagai info mengenai karnival ini, lakukan carian menerusi hashtag #KarnivalThrowbaekDrama di laman sosial.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
Sat Mar 25 2017
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.