Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Shahrol Shiro akui hampir pengsan di atas pentas sebaik sahaja menamatkan persembahan malam tadi (Jumaat).

Shahrol berkata, semuanya gara-gara ucapan 'I Love You' diungkap Neelofa yang juga juri tetap MLM 2017 kepada kumpulan Shiro.

"Saya hampir pengsan bila Neelofa cakap 'I Love You Shiro' selepas kami mengadakan persembahan.

"Sejujurnya kami tidak menyangka Neelofa akan berkata begitu kerana giliran Najip Ali memberi komen ketika itu.

"Tanyalah mana-mana lelaki pun...kalau wanita cantik cakap I Love You kepada mereka, mesti mereka pun rasa nak pengsan!

"Tapi kami tahu ini merupakan program komedi jadi dia mungkin ingin melawak sahaja dengan kumpulan Shiro," seloroh Shahrol kepada Astro Gempak.

Shahrol ditemui ketika majlis sidang media minggu keenam MLM2017 bertempat di Royal Theater Shah Alam pada Jumaat.

MLM 2017 pada minggu keenam bertemakan Muzikal telah menyaksikan tiada penyikiran yang berlaku.

Sementara itu, peserta daripada kumpulan Joras, Rahim telah dipilih menjadi Gempak Man Of The Match (GMOTM).

Untuk membaca berita terkini tentang MLM 2017 dan mengundi GMOTM layari atau klik di sini ---> www.astrogempak.com.my

Undi peserta kegemaran anda menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip: MLNama peserta atau ML3/5/10/20Nama peserta untuk 3/5/10/20 undian ke 32777. (Contoh: ML20 Shiro)

MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa yang akan mengadili para peserta selama 12 minggu.

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi