Industri hiburan Korea selatan telah dikejutkan dengan berita pelakon utama Goblin, Kim Go Eun berpisah dengan kekasihnya, Shin Ha Kyun.

Menurut laporan Soompi, pasangan yang baru sahaja bercinta selama lapan bulan itu berpisah disebabkan tidak mempunyai masa untuk bersama kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.

"Pasangan tersebut telah berpisah pada bulan Februari lalu selepas mereka dikatakan tidak mempunyai persefahaman kerana masing-masing sibuk di set penggambaran," kata agensi.

Bagaimanapun netizen mendakwa perkara tersebut tidak benar dan menyatakan Gong Yoo menjadi punca hubungan Kim Go Eun dan kekasihnya retak.

Pihak pengurusan Kim Go Eun bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan bahawa hubungan mereka sekadar rakan biasa.

"Spekulasi mengenai hubungan Kim Go Eun dengan Gong Yoo adalah tidak benar dan hanya bercinta dalam drama lakonan terbaharu mereka sahaja.

"Jadi, perpisahan yang terjadi di antara Go Eun dan kekasihnya disebabkan oleh kesibukan masing-masing, tidak ada kena mengena dengan Gong Yoo," jelasnya lagi.