Pelakon drama Goblin, Park Hyung Hee akui menerima hadiah istimewa daripada aktor Gong Yoo sempena hari lahirnya.

Menurut Park Kyung Hee dia begitu gembira kerana Gong Yoo mengucapkan selamat hari lahir dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya.

“Sebagai pelakon pembantu, saya memang tidak mempunyai banyak babak bersama Gong Yoo.

“Saya memegang watak sebagai hantu dan kebanyakan babak yang melibatkan saya bersama Gong Yoo adalah aksi melarikan diri kerana takut dengan kehadiran Goblin.

“Jadi apabila tiba di set penggambaran dan waktu itu pula merupakan hari jadi saya, heroin drama Goblin, Kim Go Eun memberitahu Gong Yoo mengenai hal tersebut.

“Gong Yoo kemudiannya mengucapkan selamat hari lahir dan kami bersalaman,” katanya.

Tambah Kyung Hee lagi, kejadian itu membuatkan dia berasa gembira sepanjang.

“Hanya kerana dapat bersalaman dengan Gong Yoo saya rasa hari tersebut merupakan hari paling bertuah.

“Dia merupakan seorang pelakon senior yang sangat saya hormati dan saya anggap itu merupakan hadiah hari jadi paling bermakna dalam hidup saya.

“Saya berasa sangat gembira dan bertuah kerana dapat berlakon bersama-sama dengan Gong Yoo,” ujarnya.

Olahan oleh: Mya Amri

Sumber: Allkpop