Kata Ustaz Solmed
7/4/2012 2:37:00 PM
Mulai 23 Julai, 7 pagi, setiap hari
Inilah sebuah siraman rohani yang disampaikan oleh Ustaz Sholeh Mahmoed atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Solmed melalui sebuah program rohani yang bertajuk "Kata Ustaz Solmed". Dalam program selama 30 minit ini Ustaz Solmed akan memberikan penyelesaian kepada penonton di studio melalui dakwah yang disampaikan secara bersahaja dan jelas. Berbagai persoalan akan dibahas di sini dengan tujuan untuk memberikan pengetahuan dan menambah keimanan penonton.