Che’ Lah, bukan sahaja cantik dan pandai bergaya. Ibu kepada empat orang anak ini merupakan seorang kontraktor dan penasihat kecantikan di salun kecantikan yang dijalankan di rumahnya sendiri. Bagi Che’ Lah, usia tidak menjadi penghalang untuk masih aktif bekerja dan pada masa yang sama masih kelihatan cantik dan anggun.
Selalu disalahertikan kerana penampilannya yang cantik, Che’ Lah ingin membuktikan pada orang ramai yang orang cantik sepertinya mampu menghasilkan hidangan bertaraf lima bintang.
Pemilik nama sebenar Kasilah binti Paeng ini seorang yang berfikiran terbuka dan positif. Dia tidak kisah dengan mata-mata kasar yang memperkecilkan kebolehannya kerana dia tidak akan membenarkan krtikan pedas menjatuhkan semangatnya.
Che Lah yakin dengan pakej yang dimilikinya, dia mampu memberikan saingan yang sengit kepada peserta lain di dalam Masterchef Malaysia Musim kedua.