29 Nov 2012
3 Minggu Dalam Ketakutan di Cape Town!
Bagi menyempurnakan rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia. 30 selebriti, host Aaron Aziz serta krew pengambaran telah berangkat ke Cape Town, Afrika Selatan. Pengambaran selama lebih kurang 3 minggu ini bakal memberi satu pengalaman baru kepada selebriti-selebriti ini. Kebiasaannya mereka ke luar negara untuk bercuti atau bekerja, kali ini mereka ke luar negara untuk berhadapan dengan ketakutan!
Rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia menjalankan pengambaran mereka selama lebih kurang 3 minggu sepenuhnya di Cape Town, Afrika Selatan. Pasukan Produksi menggunakan sepenuhnya kemudahan, studio serta set yang direka khas untuk Fear Factor. Mereka berlepas dari Malaysia pada 22 Oktober yang lepas dan tamat pengambaran pada 15 November.
Fear Factor Selebriti Malaysia bakal menemui penonton mulai 29 Disember ini dan akan disiarkan setiap minggu pada hari Sabtu di Saluran Astro Ria (104) dan Mustika HD (134). Setiap minggu, pasti akan ada peserta yang tersingkir sehingga tinggal peserta yang bakal merebut gelaran juaran Fear Factor Selebriti Malaysia.