Penyanyi Siti Nordiana menafikan tuduhan sering mungkir janji dan membatalkan persembahan pada saat akhir seperti yang dilaporkan menerusi ruangan gosip sebuah akhbar.
Bekas juara Gegar Vaganza musim kedua itu turut menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur kepada akhbar tersebut sebagai fitnah.
“Saya tidak pernah batalkan persembahan sesuka hati, lebih-lebih lagi melibatkan bayaran. Menerusi artikel tersebut, saya dikatakan suka membatalkan persembahan di saat akhir kerana mahu mengejar bayaran lebih tinggi.
“Penganjur yang kata saya membatalkan persembahan pada saat akhir itu, cerita sebenarnya ialah pihak mereka yang tidak membayar deposit seperti dijanjikan.
“Mereka ada hubungi pengurus saya dan berbincang mengenai ‘show’ dan pihak saya pula minta deposit untuk ‘lock’ tarikh tersebut kerana ada tiga tawaran daripada penganjur lain pada tarikh yang sama.
“Tidak tahu bagaimana perkara ini boleh menjadi isu kerana rasanya pengurus saya sudah maklumkan kepada semua penganjur jika mahu ‘lock’ saya, perlu bayar deposit dahulu.
“Jadi saya telah memilih untuk menerima tawaran daripada pihak yang telah membuat bayaran deposit, bukan siapa yang bayar lebih.
“Sebagai penyanyi, inilah mata pencarian saya. Tidak mungkin saya menyekat rezeki saya sendiri dengan perkara sedemikian?,” jelasnya ketika dihubungi Astro Gempak.
Tambah pelakon drama bersiri ‘Dia Semanis Honey’ itu lagi, dia tidak faham mengapa penganjur tersebut sanggup memfitnahnya.
“Saya tidak akan menabur pasir dalam periuk nasi sendiri. Mereka tidak bayar deposit, jadi di mana salah saya?
“Saya bukan mata duitan seperti yang digembar-gemburkan. Siti Nordiana hari ini masih sama seperti Siti Nordiana dahulu,” katanya kesal.
Bagaimanapun, pelantun suara Memori Berkasih ini berazam untuk terus bekerja dengan lebih kuat demi anaknya, Rayyan Nakhaei, 8 dan keluarga.
“Buat masa ini, saya hanya ingin membahagiakan anak dan keluarga. Saya perlu bekerja untuk mereka dan saya juga ada pekerja yang perlu dibayar gaji.
“Saya sedaya upaya ingin memuaskan hati semua pihak agar tiada yang berkecil hati tetapi jika ada yang terlepas pandang, saya mohon maaf,” ujarnya.
Ahmad Shah
Thu Aug 11 2016
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.