Pelawak veteran, Shafiee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Piee meninggal dunia di rumah anak perempuannya di Teluk Bahang, jam 9 malam tadi (Khamis).

Berita kematian pelawak berusia 85 tahun itu telah disahkan oleh sahabat baiknya, Omar M Hashim.

Piee sebelum ini pernah dirawat di Hospital Kepala Batas akibat kesejukan melampau dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Allahyarham pernah membintangi beberapa buah filem seperti Jangan Pandang Belakang Congkak, Nana Tanjung, Anak Mami Kembali, Lady Boss dan banyak lagi.