Cedera Ditetak, Bapa Emma Maembong Dirawat Di ICU

12 Ogos 2016. 12.00 AM
162,216
Hiburan
Cedera Ditetak, Bapa Emma Maembong Dirawat Di ICU

Bapa Emma Maembong yang cedera ditetak pada petang Khamis berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ismail Maembong dikatakan mengalami kecederaan serius akibat disamun dan ditetak di bangunan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA).

Menurut laporan BH Online, Ismail mengalami kecederaan di bahagian kepala, jari dan siku.

“Kami masih menanti status terkini ayah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Sebaik saja mendapat kepastian, kami akan membuat laporan polis.

“Bapa saya sedang dirawat, saya meminta semua pihak mendoakan yang terbaik dan mohon berikan ruang kepada kami sekeluarga,” kata Emma.

Berikutan kejadian tersebut, Ismail kehilangan komputer riba, dompet dan telefon bimbit.

Sumber: BH Online


Artikel Berkaitan


Komen