Jayakan Persembahan Bersama Tak Semestinya Sleeq Bergabung Semula - Alif

12 Ogos 2016. 4.00 PM
24,463
Hiburan
Jayakan Persembahan Bersama Tak Semestinya Sleeq Bergabung Semula - Alif

Bekas anggota kumpulan Sleeq, Alif menafikan dia dan Syarif bakal bergabung semula walaupun membuat persembahan di pentas yang sama.

Baru-baru ini, Alif dan Syarif menjayakan persembahan bersama dalam acara Raya Block Party bersempena dengan Pesta Raya yang diadakan di Esplanade, Singapura.

“Ini merupakan persembahan pertama saya bersama Syarif selepas Sleeq berpecah. Kami tidak pernah ada masalah dan Sleeq berpecah secara baik.

"Jadi  apa salahnya jika kami berkongsi pentas yang sama. Lagipun kami sepupu, tak salah jika kami menyanyi bersama.

"Buat persembahan bersama tidak semestinya Sleeq akan bergabung semula. Buat masa ini, kami selesa memberikan fokus kepada kerjaya solo masing-masing,” kata Alif kepada Astro Gempak.

Selain Syarif, Raya Block Party turut menampilkan menampilkan Hunny Madu, Kayda dan ramai lagi artis lain.

“Raya Block Party merupakan sebuah acara nyanyian hip hop dalam Bahasa Melayu sempena dengan acara Pesta Raya tahun ini. Saya diberi tanggungjawab untuk menjayakan segmen tersebut. Terbahagi kepada tiga set, setiap set berdurasi satu jam.

“Membawa tema nostalgia, saya harus menonjolkan sesuatu yang kreatif untuk penonton Singapura dan juga pelancong-pelancong yang datang menyaksikan acara Pesta Raya.

“Menyentuh soal nostalgia, Esplanade sendiri menjadi salah satu lokasi yang membawa makna dan sejarah tersendiri kepada saya. Saya masih ingat lagi pada tahun 2005, lokasi ini menjadi tempat pertama kami membuat persembahan yang berbayar,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Alif yang muncul dengan single solo pertama yang berjudul Mama beberapa bulan lalu akan menyusul dengan single kedua yang bakal dikeluarkan pada September ini.


Artikel Berkaitan


Komen