Juara JoHaRockStar Bakal Jadi Pelajar AF2016

14 Ogos 2016. 9.58 AM
31,184
Hiburan
Juara JoHaRockStar Bakal Jadi Pelajar AF2016

Buat pertama kalinya ERA fm telah berganding bahu bersama lima kumpulan rock tanah air iaitu HyperAct, Estranged, Projector Band, Kristal dan Khalifah menerusi program realiti JoHaRockStar.

Menurut Pengurus Kandungan Kanan ERA fm, Nazri Noran, program tersebut bertujuan untuk mencari penyanyi rock Malaysia yang baru.

“Memandangkan permintaan terhadap muzik rock menjadi fenomena di Malaysia, ERA fm buat pertama kalinya berganding bahu dengan lima kumpulan rock popular tanahair bagi meneruskan misi pencarian seorang Penyanyi Rock Malaysia yang baharu menerusi pencarian JoHaRockStar.

“Antara kumpulan-kumpulan yang bakal terbabit untuk mencari juara JoHaRockStar adalah Hyper Act, Estranged, Projector Band, Kristal dan Khalifah.

“Mereka digelar sebagai ‘Brader Rock’ yang merupakan mentor kepada peserta. Masing-masing akan memilih tiga orang ahli untuk pasukan mereka.

“Setakat ini peserta yang ingin menyertai JoHaRockStar rata-ratanya telah pun memilih dan menghantarkan rakaman video nyanyian rock di Instagram dengan menggunakan kata kunci (hashtag) #Joharockstar dan #jomlive,” katanya.

Dalam pada itu, Nazri turut memberitahu juara program tersebut diberi peluang untuk menjadi pelajar AF2016.

“Tahun lalu kita ada Syamel yang merupakan juara SuERA telah diberi peluang untuk menjadi pelajar AF2015 dan berjaya hingga sehingga menjadi naib juara AF2015.

“Untuk tahun ini juara JoHaRockStar pula akan diberi peluang menjadi pelajar AF2016 dan akan memulakan langkah sebagai pelajar bermula minggu ketiga.

“Tapi agak berlainan dengan tahun lalu kerana program JoHaRockStar genrenya lebih kepada rock,” jelasnya.

Peserta JoHaRockStar akan membuat persembahan di JoHaRa pagi ERA bermula 22 Ogos ini.

Konsert akhir JoHaRockStar bakal berlangsung pada 3 September 2016 bermula jam 8.00 malam bertempat di Dataran Centrio Seremban 2.


Artikel Berkaitan


Komen