Cloves Restaurant & Cafe Pilihan Tepat Penggemar Makanan Tempatan & Barat

15 Ogos 2016. 3.51 PM
7,428
Gaya Hidup
Cloves Restaurant & Cafe Pilihan Tepat Penggemar Makanan Tempatan & Barat

Sebaik kaki melangkah masuk ke Cloves Restaurant & Café, Suudu tertarik melihat hiasan dalaman dan konsep yang diketengahkan oleh pemilik restoran ini.

Bagi Suudu hiasan dalaman yang menarik merupakan bonus kepada setiap pemilik restoran kerana ia akan menarik lebih ramai pengunjung secara automatik.

Tanpa membuang masa, Suudu meminta pandangan pemilik Cloves Restaurant & Café, Azuan, tentang menu yang paling digemari pengunjung untuk dibawa kepada kami.

Menurut Azuan, Cloves Restaurant & Café mempunyai dua pilihan masakan iaitu tempatan dan barat.

Azuan mencadangkan Suudu empat menu yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung iaitu Mee Bandung, Fried Salmon, Aglio Olio, dan Rusuk Lembu.

 

Tidak rugi Suudu memesan Fried Salmon dan Aglio Olio kerana hidangan ini mempunyai rasa yang cukup sempurna untuk membuat pengunjung jatuh cinta.

Rusuk Lembu, aromanya sahaja sudah cukup membuatkan Suudu teruja sehingga terpaksa menelan liur beberapa kali.

Perapan pada rusuk ditambah pula dengan sos istimewa Cloves Restaurant & Café tidak membuang masa Suudu untuk menghabiskannya. Superb!

 

Hidangan terakhir dari masakan tempatan ialah Mee Bandung. Tiada apa yang boleh diungkapkan kerana bagi Suudu, ia adalah makanan tradisi Johor yang terbaik yang pernah dimakan.

Jujur, sehingga ke hari ini kepekatan kuahnya, yang dilengkapkan dengan udang segar dan telur rebus masih terasa.

 

Kepada anda di luar sana, kunjungi Cloves Restaurant & Café yang terletak di tingkat satu PV128 Setapak Kuala Lumpur jika teringinkan makanan barat dan tradisional yang lazat dengan harga yang sangat berpatutan. Selamat mencuba!

Muat naik Suudu App di App Store dan Google Play untuk mendapatkan resepi terkini untuk hidangan pagi, petang & malam.

Anda juga boleh mendapatkan pelbagai kandungan masakan di dalam Suudu Instagram/ suuduasia serta  Suudu Facebook/OfficialSuudu.


Artikel Berkaitan


Komen