Penerjun China Dilamar Kekasih Selepas Menang Pingat Perak Di Olimpik Rio

15 Ogos 2016. 4.52 PM
108,154
Hiburan
Penerjun China Dilamar Kekasih Selepas Menang Pingat Perak Di Olimpik Rio

Penerjun China, He Zi dilamar kekasihnya Qin Kai yang juga seorang atlit selepas selesai acara akhir 3 meter papan anjal wanita di Pusat Akuatik Maria Lenk, Rio, Brazil pada Ahad.

Zi,25 telah menerima sebentuk cincin berlian dan sekuntum mawar merah daripada Kai,30 ketika berada di podium dan itu mengejutkan semua penonton yang sedang menyaksikan acara penyampaian pingat kepada pemenang.

Pasangan atlit tersebut dikatakan sudah bercinta selama enam tahun.

"Kami sudah bercinta selama enam tahun. Saya tidak tahu dia akan melamar pada hari ini dan tidak menyangka saya akan berkahwin secepat ini.

“Dia bercakap tentang banyak perkara ketika di podium. Dia membuat pelbagai janji. Namun apa yang menyentuh hati saya ialah dia seorang lelaki yang boleh saya percaya seumur hidup saya," katanya yang juga pemenang pingat perak dalam acara akhir 3 meter papan anjal wanita itu.

Sumber: Reuters


Artikel Berkaitan


Komen