Astro Tayang 60 Rancangan Baru Sempena Kempen Negaraku 2016

16 Ogos 2016. 9.26 AM
7,742
Hiburan
Astro Tayang 60 Rancangan Baru Sempena Kempen Negaraku 2016

Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2016, Astro memberikan penghormatan kepada Malaysia menerusi kempen Negaraku.

Menurut Ketua Pemasaran Bahagian Melayu Astro, Jastina Arshad, lebih 60 rancangan baru akan disiarkan sempena kempen tersebut.

“Melalui kempen tersebut, Astro akan menayangkan rancangan baru bermula 15 Ogos ini hingga 16 September depan.

“Rancangan tersebut termasuklah yang diterbitkan khas demi mengangkat budaya dan bangsa Malaysia seperti Harimau Malaya 1980 , Tun Abdul Razak: 40 Tahun Dalam Kenangan, Kami anak Malaysia dan Road to Nationhood: Journey to Independence.

“Kempen ini juga bertujuan untuk menunjukkan kekayaan sejarah negara, kepelbagian etnik, bahasa dan budaya masyarakat Malaysia kepada penonton,” katanya kepada Astro Gempak.

Antara rancangan menarik lain yang akan ditayangkan ialah Ola Bola, Into The Wild Borneo, Malaysia Railway Memories, 10 Things We Love About Malaysian dan You Me Malaysia.

Sementara itu, khas buat mereka yang meminati muzik Indie, perkhidmatan penstriman muzik dan radio Malaysia menerusi aplikasi Astro Radio iaitu Raku telah menghimpunkan artis Indie tempatan untuk memeriahkan lagi kempen NegaRAKU.

Berlangsung selama enam minggu, NegaRAKU akan mempersembahkan barisan artis Indie seperti kumpulan Monoloque, Plague of Hapiness, Tres Empire, Aru & The Republic, Massacre Conspiracy dan Artefacts.

Siri jelajah NegaRAKU akan bermula pada 20 Ogos di negeri Pahang dan diikuti dengan Melaka (27 Ogos), Sarawak (3 September), Sabah (10 September), Kuala Lumpur (17 September) dan Johor Bahru (24 September).

Dalam pada itu, Astro dengan kerjasama Pusat Darah Negara dan 40 hospital di seluruh Malaysia akan menjalankan Kempen Derma Darah KitaSama di 7 buah lokasi antaranya City Mall KSL, Johor Bahru, Berjaya Mall, Kuantan, Cheras Leisure Mall, Lembah Klang.

Dalam perkembangan lain, saksikan juga liputan komprihensif Sukan Olimpik Rio menerusi 12 saluran khusus berdefinisi tinggi (HD) (saluran 780 - 791) dan saluran berdefinisi standart (SD) (saluran 760 - 771) di Astro TV.

Selain saluran khusus tersebut, Sukan Olimpik Rio juga bileh ditonton menerusi Astro Arena (saluran 801) dan Astro Arena HD (saluran 802).


Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my.


Artikel Berkaitan