Netizen Ucap Tahniah Lan Kristal Menang Pingat Emas Olimpik

18 Ogos 2016. 12.51 PM
274,352
Hiburan
Netizen Ucap Tahniah Lan Kristal Menang Pingat Emas Olimpik

Nama dan wajah vokalis kumpulan Kristal, Lan menjadi viral di laman sosial semenjak malam tadi.

Semuanya terjadi selepas netizen menyamakan wajah Lan yang kelihatan sama dengan Tontowi Ahmad, atlet badminton Indonesia.

Tontowi dan pasangannya, Liliyana Natsir meraih emas Olimpik Rio 2016 selepas menewaskan pasangan Malaysia, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying pada aksi akhir acara badminton beregu campuran di Riocentro Pavilion, malam tadi.

Selepas acara itu berakhir, netizen mengucapkan tahniah kepada Lan di atas 'kemenangannya' memperoleh pingat emas.

Lan yang begitu 'sporting' melayan usikan netizen turut memuatnaik satu entri di laman Instagram miliknya.





“Hahahaha.. buat hal la korang ni! Tengah sedap tidoq tepon dok bunyi keting2..haishhh notification pasai ni rupanya.. Dah2 pi sambung tidoq.. yg dah menang tetap menang..yg kalah cuba lagi lepaih ni..😅.. Siang sok kompem aku pi beli raket baru..hahaha! Selamat tidoq semuanya ya! #lankristal #ahmadtontowi #harimaumalaya #malaysia #indonesia.”













Artikel Berkaitan


Komen