Bergelar model tidak semudah yang disangka kerana selain jadual yang padat, disiplin juga perlu diutamakan jika mahu berjaya dalam bidang ini.
Model popular, Deanna Ibrahim berkata, bergelar peragawati bukan untuk mengejar glamor tetapi ketepatan masa ketika bekerja adalah sangat penting di dalam bidang peragaan.
“Apabila dipanggil untuk menjayakan sesebuah kempen jenama pakaian atau peragaan, disiplin yang perlu ada dalam diri setiap model ialah patuh pada masa. Kesihatan dan pemakanan juga perlu dititik berat.
“Sebenarnya tiada yang indah atau glamor bergelar model kerana terikat dengan beberapa perkara iaitu diet yang cermat dan masa yang padat,” katanya ketika ditemui pada acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2016, baru-baru ini.
Ditanya mengenai kebanjiran ‘model ciplak’ di laman sosial menurut Deanna, model sebenar tidak pernah menggelarkan diri mereka model.
“Saya tidak fikir model akan menggelarkan diri mereka model dan mengenakan solekan tebal sepanjang masa kerana kami lebih selesa bergaya kasual dan simple jika tidak bekerja,” ujarnya.
Sementara itu bagi Fadhil Salleh, sebagai muka baru dalam dunia fesyen di Malaysia dia memilih untuk menjadikan platform ini sebagai ruang membina keyakinan diri.
“Tiada laluan mudah untuk bergelar model kerana secara peribadi, saya seorang yang agak pemalu dan perlukan kekuatan untuk berada di dalam bidang ini.
“Kebanyakan ‘model ciplak’ di laman sosial tidak tahu yang realitinya, bekerja di dalam bidang fesyen tidak semudah bergambar di tangga pusat membeli belah.
“Saya sendiri masih tidak berani nak memanggil diri saya model dan masih bertatih. Tapi saya puji sesetengah orang yang berani dan yakin mereka ‘model terhebat’,” katanya kepada Astro Gempak.
Fadhli yang juga pengasas Foodgasm Malaysia ini turut terlibat bersama Deanna Ibrahim di dalam peragaan KLFW2016 bermula 17 Ogos hingga 21 Ogos ini.
Rakaman episod khas sempena minggu fesyen Kuala Lumpur 2016, Fadhli Salleh dan Deanna Ibrahim telah mula ditayangkan di dalam segmen FU*HLIVE pada setiap Isnin hingga Sabtu, 8.30 malam di Astro Ria, Ria HD dan boleh ditonton menerusi portal Astro Gempak.
Sebelum itu, Astro Gempak kongsikan beberapa tips untuk anda sebelum ke KLFW 2016:
TIPS BERAPI KE KLFW2016
1. Pakai pakaian yang sesuai dan masuk akal. Sebarang pakaian berlampu, laser atau punyai kesan khas seperti api dan asap tidak dibenarkan.
2. Anda digalakkan berkelakuan normal ketika melihat model berjalan di atas pentas peragaan. Jangan menggunakan “kamera lensa cahaya berkuasa tinggi” bagi mengelakkan model mengalami kesan rabun sementara.
3. Sila hormati tempat yang disediakan. Jangan cuba duduk di tempat yang sudah dilabel dengan nama orang lain.
4. Jangan lambat. Hormati masa pereka dan mereka yang terlibat
5. Gunakan kesempatan di KLFW 2016 sebagai untuk mengenali pereka tempatan dan bukan spam bertubi-tubi gambar 'selfie' anda di seluruh pelusuk zon fesyen KLFW2016 dengan berpuluh hashtag.
Ahmad Shah
Thu Aug 18 2016
Raffi Ahmad Mengaku Pernah Minum Air Kaki Basuhan Ibu: “Saya Dapat Semula…”
Hos, pengacara, pelakon dan penyanyi Raffi Ahmad dikenali sebagai salah seorang pelaku seni Indonesia paling sukses pada masa kini.
Wanita Usung Mayat Bapa Saudara Ke Bank Demi Tanda Tangan Dokumen Pinjaman Wang!
Seorang wanita di Brazil ditahan pihak berkuasa apabila dia didapati mengusung mayat seorang lelaki tua yang didakwa sebagai bapa saudaranya ke sebuah bank di pinggir bandar Rio pada Selasa.
Bekas Isteri Kurt Cobain Kata Taylor Swift Tak Penting, Tak Menarik
Taylor Swift adalah nama yang cukup besar bukan sahaja dalam bidang seni tetapi juga telah tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya versi Forbes baru-baru ini.
Isteri Malu Bila Tahu Suami Pinjam Duit Abang Untuk Halalkan Dirinya - “Kak Ipar Perli Suami Aku Hutang Kahwin Tak Bayar”
Wanita berkenaan menzahirkan rasa malu apabila mendapat tahu duit belanja perkahwinannya adalah wang pinjaman daripada abang suaminya.
Kereta Adira Penuh Dengan…. | GMW: What’s In Your Car
Eh ada apa dengan kereta Adira tu??!! MasyaAllah… tak sanggup la nak tengok!
GMW: What’s In Your Car
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#WhatsInYour
#GMWWhatsInYour
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW: What’s In Your Car
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#WhatsInYour
#GMWWhatsInYour
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
Bapak Bapak Bonding | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Uyaina Arshad Kongsi Pengalaman Hamil Anak Pertama & Kedua - “Syahiran Yang Banyak Mengidam Tahap Merajuk Cranky Kalau…”
Uyaina tak pernah ada rasa mengidam.
Buat Acara Gender Reveal, Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan
Bakal menyambut kelahiran cahaya mata kedua, pelakon Zahirah Macwilson membuat perkongsian majlis gender reveal di Instagram bagi mendedahkan jantina bayi dalam kandungannya. Menerusi klip video pendek yang dibuat, dapat dilihat Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 29, dan ahli keluarga berkumpul meraikan majlis ber
Farah Lee Nasihat Hati-Hati Beri Sumbangan, Hasrat Daud Kim Bina Masjid Di Korea Meragukan? Ini Enam Sebabnya
Siasat dulu sebelum derma guys.
6 Bulan Kahwin, Angeline Tan Didakwa Hamil? Ini Reaksi Sabri Yunus...
Untuk rekod, Sabri dan Angeline atau nama sebenarnya Ardini, 57, telah mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2023 di Arau, Perlis.