Peminat Tak Sabar Nak Tahu Siapa Hero Tombiruo

19 Ogos 2016. 12.18 AM
29,834
Hiburan
Peminat Tak Sabar Nak Tahu Siapa Hero Tombiruo

Peminat tegar Ramlee Awang Murshid (RAM) pasti sudah tidak sabar lagi menanti kemunculan filem Tombiruo yang diadaptasi daripada salah satu karya terkenal novelis 'thriller' itu, Tombiruo: Penunggu Rimba.

Bakal menjengah pawagam tidak lama lagi, pengikut dan peminat novel tersebut sudah mula berteka-teki mengenai siapakah hero yang bakal melakonkan watak Tombiruo dan Ejim.

Lebih menarik lagi para peminat sudah mula menyenarai pendek nama-nama pelakon yang dirasakan layak memegang kedua-dua watak tersebut.

Antara nama-nama yang di sebut ialah Remy Ishak dan Bront Palarae, termasuk penyanyi dan komposer terkenal Datuk M. Nasir.

Yang pasti, peminat novel ini pasti teruja mahu melihat karakter Ejim yang bertopeng dan Amirudin yang mempunyai paras sempurna.

Pelakon kedua-dua watak tersebut juga mestilah seorang 'fighter' bertubuh sasa, tahan lasak,atak tidak banyak bercakap dan penuh ciri kelelakian.

Agak-agaknya siapakah yang layak memegang watak hero novel terbitan Alaf 21 ini?

Sama-sama kita nantikan pengumumannya pada petang nanti (Jumaat) dan pastinya anda teruja melihat nama-nama pelakon yang bakal meneraju filem ini!



Artikel Berkaitan


Komen