Foto Smule Zila Bersama Lelaki Separuh Bogel Tersebar

21 Ogos 2016. 5.30 PM
547,481
Hiburan
Foto Smule Zila Bersama Lelaki Separuh Bogel Tersebar

Foto Smule isteri kepada Along Cham, Zila Seeron bersama seorang lelaki separuh bogel tersebar.

Astro Gempak telah menerima paparan skrin sekeping gambar dengan kapsyen 'kantoi lagi picsseparuhbo-gel zila dan bf' dan foto tersebut telah tersebar di laman sosial Facebook bermula petang ini.

Menerusi pemerhatian Astro Gempak, lelaki itu sering berduet dengan Zila di aplikasi smule sebelum ini.

Malah mereka juga berkomunikasi dengan menggunakan kata ganti nama 'auntie' dan 'uncle'.



Terdahulu, Harian Metro pernah melaporkan seorang penyanyi yang juga isteri kepada pelakon dan pelawak yang dipercayai Zila ditemui bersembunyi di belakang almari di dalam bilik apartmen teman lelakinya, di Bukit Jalil ketika mereka ditangkap berkhalwat pada minggu lepas.

Usaha Astro Gempak mendapatkan komen Along mengenai perkara ini tidak berjaya kerana pelawak tersebut gagal dihubungi. 


Artikel Berkaitan


Komen