Kesemua 14 pelajar AF2016 menarik nafas lega selepas pengetua, Datuk Sheikh mengumumkan tiada penyingkiran untuk konsert minggu pertama.
Keputusan tersebut dibuat oleh pengetua dan juga barisan juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Ac Mizal selepas melihat persembahan mereka.
Bagaimanapun keputusan tersebut hanya dibuat pada minggu pertama sahaja.
Untuk konsert pertama, kesemua pelajar diberi kebebasan memilih lagu kegemaran masing-masing.
Walaupun baru minggu pertama, terdapat beberapa pelajar yang berjaya mencuri tumpuan dengan kelunakan suara mereka sehingga membuatkan penonton terpukau.
Pelajar yang dimaksudkan ialah Amir dan Ara yang telah menjadi bualan hangat di media sosial selepas menyampaikan lagu Obses (Akim & The Majistreet) dan Andaiku Bercinta Lagi (Mojo).
Nama mereka berdua juga turut menjadi trending di Twitter dengan hashtag #AMIRAF2016 dan #ARAAF2016.
Melihat kepada komen - komen yang diberikan menerusi hashtag tersebut, rata-ratanya memperkatakan tentang kehebatan vokal dua pelajar berkenaan.
Tidak dinafikan ada yang melabelkan mereka sebagai saingan terkuat untuk para pelajar AF2016.
Selain Amir dan Ara, dua lagi pelajar yang dijangka memberikan saingan hebat ialah Rahila (Sudahku Tahu, Projektor Band) dan Afi (Percayalah, Indah Ruhaila).
Di sini Astro Gempak kongsikan keputusan juri selepas persembahan 14 pelajar tersebut.
Pelajar yang mendapat keputusan tertinggi adalah Amir diikuti dengan Reshma, Ara, Afi, Asha, Amal, Rahila, Halmy, Rais, Zarol, Riana, Jasper, Ikram dan Isa.
Saksikan Konsert AF 2016 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) secara ekslusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.
Manakala rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi pula boleh ditonton menerusi Diari AF 2016 pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 15 Ogos di saluran sama.
Untuk mengikuti perkembangan pelajar, layari Akademi Fantasia.
Ahmad Shah
Mon Aug 22 2016
Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024
Keputusan yang agak sukar buat Selangor FC.
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.
"Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie
Datuk Awie memohon penonton agar tidak membandingkan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Furiosa A Mad Max Saga
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
GMW Giveaway: Ziana Zain Konsert 2024
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Alamak...
Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”
Netizen kata ajar awal tak kalut.