Tombiruo: Pegang Watak Amiruddin, Cabaran Farid Kamil Berdepan Penonton

24 Ogos 2016. 12.50 AM
42,160
Hiburan
Tombiruo: Pegang Watak Amiruddin, Cabaran Farid Kamil Berdepan Penonton

Pelakon kacak Farid Kamil menyahut cabaran untuk berhadapan dengan ekspektasi pembaca novel dalam menghidupkan watak Amiruddin menerusi filem terbaru terbitan Astro Shaw, Tombiruo.

"Menerusi sebuah filem adaptasi novel, saya perlu berhadapan dengan jangkaan orang. Watak yang ingin dilakonkan sudah hidup dalam pemikiran pembaca.

"Jadi, perkara tersebut menjadi satu cabaran untuk pelakon dalam membentuk dan menghidupkan sesuatu karakter agar sama seperti dibayangkan oleh penonton," kata Farid kepada Astro Gempak.

Mengakui yang dirinya tidak membaca novel tersebut, Farid mendapatkan sudut pandang bagaimana untuk menghidupkan watak Amiruddin daripada penulis novelnya sendiri, Ramlee Awang Murshid.

"Menerusi watak Amiruddin, banyak input baru yang saya dapat. Bayangan setiap pembaca novel berbeza. Saya tak pernah membaca novel ini dan mengambil skrip sebagai panduan.

"Saya juga bertemu dengan Ramlee dan saya bertanya kepadanya perihal karakter Amiruddin kerana bagi saya, penilaian dia adalah yang paling hampir dengan apa yang dimahukan oleh semua pembaca," katanya lagi.

Selain Farid, Tombiruo turut dibintangi oleh Zul Ariffin, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat dan ramai lagi.

Sudah memasuki minggu keempat penggambaran, filem ini diarahkan oleh Nasir Jani dan Seth Larney.

BACA: Peminat Tak Sabar Nak Tahu Siapa Hero Tombiruo

BACA: Zul Ariffin Turun 13kg, Bina Six Pack Demi Tombiruo


Artikel Berkaitan


Komen