Demam Akademi Fantasia (AF) 2016, turut 'berjangkit' kepada pelakon Adi Putra.

Buktinya Adi telah memuat naik sekeping fotonya memegang sepanduk yang tertera nama salah seorang pelajar wanita AF 2016, Asha di akaun Instagram (IG)nya.

Selain itu Adi turut meminta orang ramai mengundi dan mempromosikan kelab peminat Asha AF 2016.

Melalui kapsyen yang ditulis Adi, dia mahu peminat program berkenaan mengundi pelajar kecil molek itu kerana bakat dimiliknya.



Dalam pada itu Adi sempat mengucapkan selamat maju jaya kepada Asha sehinggakan pengikut di IGnya tertanya-tanya samada mereka mempunyai hubungan kekeluargaan.

Saksikan Konsert AF 2016 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) secara ekslusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Sementara rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi pula boleh ditonton menerusi Diari AF 2016 pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 15 Ogos di saluran sama.

Untuk mengikuti perkembangan pelajar, layari Akademi Fantasia.