Tak Boleh 'Move On', Peminat Rindu Nak Dengar Ikon Sebut "Bagus"

27 Ogos 2016. 10.04 AM
44,964
Hiburan
Tak Boleh 'Move On', Peminat Rindu Nak Dengar Ikon Sebut

Walaupun konsert kumpulan K-Pop terkenal iKON sudah berakhir dua minggu yang lalu, namun para peminat masih merindui mereka.

Terutamanya ketika kumpulan idola itu menyebut perkataan "bagus" ketika mengadakan konsert di Malaysia baru-baru ini.

Lebih mengujakan apabila kumpulan idola yang dianggotai tujuh orang anak muda iaitu Bobby, B.I, Jinhwan, Junhoe, Donghyuk, Yunhyeong dan Chanwoo itu pula seperti ketagih dengan perkataan "bagus".



Selain itu persembahan dan aksi bertenanga yang dipamerkan iKONIC ketika iKONCERT 2016 [SHOWTIME] Tour in Kuala Lumpur 2016 baru-baru ini juga masih menjadi bualan peminat mereka di negara ini.

Buktinya rata-rata Ikonic (gelaran peminat) mula membuat ‘throwback’ serta memuatnaik foto dan video yang diambil sewaktu konsert berlangsung.



iKONIC turut mengucapkan terima kasih kepada idola mereka itu  kerana sudir hadir ke Malaysia untuk bertemu peminat di sini.

Dalam pada itu, mereka turut menganggap iKONCERT anjuran IME Production ini antara konsert paling hebat selepas kehadiran BIGBANG Julai tahun lalu.

iKON telah mempersembahkan lagu hit mereka, Rhytm Ta, Dumb & Dumber, Sinosuak, My Type, Today, Go, Be I, Anthem, Apology, Airplane, Wait For Me, M.U.P dan I Miss You So Bad.



Sementara itu, iKON juga turut memberi kejutan buat peminat apabila menyampaikan lagu popular BIGBANG, Bang Bang Bang sebelum tampil membuat ‘transformasi’ meniru gaya kumpulan idol wanita dengan lagu Me Gustas (GFriend) dan  Up Down (Exid).

Persembahan kemudiannya dihangatkan lagu dengan lagu What’s Wrong, Just Another Boy, Climax, Long Time No See dan MYD.

Sebelum menamatkan persembahan, iKON juga telah berjanji dengan peminat untuk kembali ke Malaysia.



“Seronok bertemu dengan iKONIC di Malaysia. Sudah lama kami tunggu saat untuk bertemu anda. Terima kasih kerana menyokong dan meluangkan masa bersama kami. Bagus!” kata Bobby.

Kredit video: @hannahisvip / @ikonftw


Artikel Berkaitan


Komen