Konsert kedua AF2016 menyaksikan tiga pelajar Isa, Rais dan Halmy disingkirkan sekaligus selepas menerima undian terendah.

Jumlah peratusan pelajar tersingkir pada konsert kedua minggu lalu ialah Isa, 2.4%, Halmy, 4.9% dan Rais, 5.2%.

Namun itu yang anda dapat lihat di kaca televisyen. Apa pula berlaku di belakang tabir dan yang penonton di rumah tak dapat nak tengok?

Antaranya:

1. Bilik rehat untuk hos berbau minyak angin kerana Zizan sedang mengurut. Sebelum sesi latihan Zizan turut mengadu sakit belakang dan ketika ke klinik untuk mendapatkan rawatan, doktor mengesahkan sakit tersebut kerana 'overwork'.

2. Ketika sesi latihan, Isa antara pelajar paling fokus dan sering meminta nasihat cikgu Mas Idayu tentang cara nyanyiannya.

3. Elly Suriaty juga memberikan semangat kepada Isa sebelum pelajar berusia 23 tahun itu meneruskan sesi latihan.



4. Pengetua AF2016 Datuk Shekih tidak lupa merakamkan foto dan aksi pelajar semasa latihan.



5. Mas Idayu dan Edry berbincang sesuatu dengan muka serius.



7. Dua jam sebelum konsert bermula, kebanyakkan pelajar keluar masuk bilik persalinan sambil memegang air masak. Mungkin untuk selesakan tekak sebelum menyanyi.

8. Reshma pelajar paling ceria dan tidak boleh duduk diam di belakang pentas.

9. Alif Satar sempat melelapkan mata sebelum sesi latihan kedua bermula pada sebelah petang Sabtu.

Saksikan Konsert AF 2016 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) secara ekslusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Manakala rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi pula boleh ditonton menerusi Diari AF 2016 pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 15 Ogos di saluran sama.

Untuk mengikuti perkembangan layari Akademi Fantasia.