Lima Aktiviti Menarik Dilakukan Selebriti Amigo Forever

30 Ogos 2016. 4.37 PM
49,088
Advertorial
Lima Aktiviti Menarik Dilakukan Selebriti Amigo Forever
Pernahkah anda terfikir apa aktiviti selebriti Malaysia pada hari cuti bersama sahabat baik mereka?

Antara pasangan selebriti yang semua orang tahu mereka merupakan sahabat baik yang Astro Gempak namakan sebagai 'Amigo Forever' ialah pelawak Johan dan Zizan, penyampai radio Ray dan Hanif, pengacara popular Nana Mahazan dan Fara Fauzana, pelakon Marsha Milan Londoh dan Sharifah Sakinah serta Lisa Surihani dan Hanis Zalikha.

Memandangkan esok merupakan cuti umum sempena Hari Kemerdekaan yang ke 59, apa kata kita cadangkan kepada Amigo Forever ini supaya meluangkan aktiviti bersama.

Yang penting semua aktiviti yang kami cadangkan ini, semuanya sihat dan bermanfaat:

1) Raikan Sambutan Hari Kemerdekaan 

Apa kata Amigo Forever bangun pagi dan bawa keluarga ke Dataran Merdeka untuk sama-sama sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-59 tahun ini. Setahun sekali raikan raikan hari bersejarah negara apa salahnya. Betul tak?  

2) Menonton TV Bersama Dan Makan Potato Chips

Kita minta mereka tinggalkan semua gajet seperti telefon bimbit, laptop atau ipad jauh-jauh dan nikmati aktiviti di rumah sepenuhnya. Ajak anak-anak dan keluarga 'gathering' di rumah dan pilih rancangan kegemaran dan menonton bersama. Lebih seronok jika ada yang membawa sandwich atau potato chips!

3) Berkebun

Tinggal di apartment bukan alasan untuk tidak melakukan aktiviti riadah. Mereka masih boleh mengajak Amigo Forever berkebun menggunakan pasu-pasu kecil atau secara hidroponik. Jika ada halaman di hadapan rumah, itu satu bonus kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Aktiviti ini selain merapatkan hubungan ia juga sihat kerana boleh mengeluarkan peluh. Hasilnya, kawasan persekitaran akan lebih hijau dan menyegarkan. Teringin juga nak tengok pasangan selebriti kita ni berkebun!

4) Lepak di Kafe Hipster

Kalau sudah lama tidak bertemu rakan-rakan dan bersosial, apa kata Amigo Forever meluangkan masa melepak di kafe-kafe hipster sambal minum petang dan 'share' tentang 'life' masing-masing. Maklumlah sebelum ini masing-masing sibuk dengan aktiviti seni apa salahnya sesekali berkongsi dan 'update' perkembangan diri!

5) Barbeque

Aktiviti ini paling meriah kalau dilakukan! Cuba bayangkan Johan dan Zizan bergabung menganjurkan 'barbeque' dan ajak pula rakan-rakan lain seperti Lisa Surihani, Izreen Azminda, Ray, Hanif, Fara Fauzana, Nana Mahazan, Sharifah Sakinah dan Marsha Milan Londoh, mesti 'havoc'!
 
Sebenarnya, terlalu banyak aktiviti yang boleh dilakukan ketika bercuti. Cuma perlu betul cara kita menikmatinya. Contohnya, pergi melepak, berkelah, berkebun dengan kawan-kawan dan keluarga tetapi gajet tidak lepas dari tangan, tidak guna juga bercuti! Betul tak? Jadi fikir-fikirkan ya!

Artikel Berkaitan


Komen