Alif Cipta Lagu Untuk Ziana Zain

31 Ogos 2016. 12.01 AM
59,153
Hiburan
Alif Cipta Lagu Untuk Ziana Zain

Bekas anggota kumpulan Sleeq, Alif Abdullah menciptakan sebuah lagu buat penyanyi terkenal Ziana Zain.

"Saya menciptakan sebuah lagu berirama balada untuk Ziana. Pada mulanya, saya menghantar lagu ini untuknya dan mengikut perancangan pihak Ziana, lagu tersebut mahu direkodkan pada tahun ini.

"Saya begitu meminati Ziana kerana saya membesar dengan muzik dan nyanyiannya. Ziana merupakan salah seorang penyanyi kegemaran arwah ibu saya," kata Alif.

Aktif mencipta lagu untuk penyanyi seperti Liyana Jasmay, Kaka Azraff dan Najwa Latif, Alif mempunyai hampir 150 lagu ciptaan sendiri.

"Selain mencipta lagu untuk penyanyi lain, saya juga mempunyai simpanan hampir 150 lagu ciptaan sendiri.

"Buat masa sekarang, saya mahu memberi fokus terlebih dahulu terhadap album solo saya yang pertama. Bakal memuatkan 12 buah lagu, saya menjangkakan album ini akan mucul pada hujung tahun ini," katanya lagi.

Bergerak sendiri selepas berpisah dengan Syarif, Alif muncul dengan single solo pertama yang berjudul Mama pada Mei lalu.



Artikel Berkaitan


Komen