Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-59, Astro Gempak ingin berkongsi gelagat lucu hos AF2016, Zizan Razak dan Alif Satar ketika diminta memberikan ucapan Merdeka.

Masing-masing cuba untuk memberikan reaksi serius ketika ditemubual namun lain pula jadinya apabila Alif tidak dapat menahan ketawa melihat wajah Zizan yang begitu fokus sewaktu menjawab soalan yang diberikan.

Alif turut mencuba pelbagai gaya seperti menggaru kepala dan menundukkan pandangan untuk mengalihkan perhatiannya supaya tidak menganggu Zizan, tetapi tidak berjaya.

Zizan yang seakan-akan dapat merasai pasangan pengacaranya itu sedang menahan ketawa terus berpaling dan Alif akhirnya tergelak.

Bukan saja Zizan, video disebalik tabir ini juga turut memaparkan gelagat pelajar AF2016 ketika diajukan beberapa soalan.

Reaksi spontan Reshma yang lucu dan yakin menyebut “saya mengucapkan selamat Hari Raya” membuatkan kru-kru ketawa.

Di sini Astro Gempak konsikan video tersebut untuk tatapan pembaca:

Selamat Hari Merdeka!