Penyanyi Aliff Aziz dan bakal isterinya Bella Astillah bakal melangsungkan perkahwinan pada 9 September ini.

Majlis perkahwinan Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 25, dan Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 22, akan diadakan di Top Glove Tower, Tg Grand Ballroom, Setia Alam.

Sebelum ini melalui satu temubual Aliff menyatakan dia memilih Bella yang juga merupakan kakak kepada penyanyi Didi Astillah itu kerana menyenangi karakternya yang amat memahami dan sering memberikan sokongan kepada dirinya.

Dalam pada itu menerusi akaun Instagram @aliffaziz91 dan @bellaastillah, pasangan ini mula memuatnaik beberapa foto dengan menggunakan hashtag #CountingDays, #journeytodday dan #bellaaliff.

Ruangan komen mereka juga kini dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh para peminatnya.

Terdahulu, Aliff dan Bella telah mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu.