Video: Izzue Islam Dirasuk Pada Malam Tayangan Aliff Dalam 7 Dimensi

1 September 2016. 4.00 PM
384,532
Hiburan
Video: Izzue Islam Dirasuk Pada Malam Tayangan Aliff Dalam 7 Dimensi

Tetamu yang hadir pada sidang media filem terbaru Aliff Dalam 7 Dimensi (AD7D) terkejut apabila pelakon Izzue Islam tiba-tiba menjerit dan mengamuk.

Kejadian itu berlaku ketika hos sedang memperkenalkan barisan pelakon AD7D yang berlangsung di GSC, Pavillion pada Selasa.

Izzue yang memakai baju jaket berwarna hitam seakan-akan dirasuk apabila diminta untuk naik ke atas pentas, dia kemudiannya menjerit sambil memusing-musingkan badanya tanda protes ketika ditarik oleh pengiring.

Pelakon berusia 26 tahun ini juga menunjukkan tanda tidak puas hati kepada hantu ‘cosplay’ yang berada di hadapannya sambil berkata sesuatu dengan garang.



Bagaimanapun itu semua hanyalah gimik perlancaran filem terbitan Astro Shaw dan Izzue melakonkan wataknya sebagai Aliff secara ‘live’ khas buat tetamu yang hadir.

Selepas selesai melakonkan watak tersebut, Izzue telah menerima tepukan gemuruh dan rata-rata memuji lakonannya.

Tak percaya? Apa kata anda sendiri melihat kehebatan lakonan Izzue Islam menerusi filem Aliff dalam 7 Dimensi arahan Faisal Ishak di pawagam seluruh Malaysia pada 8 September ini.

Selain Izzue, filem ini turut dibintangi oleh Juliana Evans, Aliff Satar, Kaka Azraff, Izzue Islam, Hasnol Rahmat dan ramai lagi.

 


Di sini Astro Gempak kongsikan video dan foto-foto menarik sepanjang malam gala AD7D:




Artikel Berkaitan


Komen