Khai Bahar Bakal Meriahkan Jajahan Gegar Pahang

1 September 2016. 5.00 PM
44,367
Hiburan
Khai Bahar Bakal Meriahkan Jajahan Gegar Pahang

Penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi aplikasi Smule, Khai Bahar bakal memeriahkan Jajahan Gegar anjuran stesen radio THR Gegar di Pahang pada hujung minggu ini.

Jajahan yang bermula 2 September (esok) sehingga 4 September ini akan berlangsung di beberapa buah lokasi sekitar Pekan dan Kuantan, Pahang.

Misi Jajahan Gegar ini adalah untuk mendekatkan lagi jiwa keluarga THR Gegar bersama peminat sambil berhibur di gerai terpilih secara ‘busking’ bersama penyampai yang ada dan artis undangan.

Sebelum ini, Jajahan Gegar telah singgah di beberapa lokasi di Terengganu dan Kelantan. Penyanyi Nana Sheme telah memeriahkan Jajahan Gegar di Terengganu dan Encik Mimpi pula menghangatkan Jajahan Gegar di Kelantan.

Jangan lupa untuk memeriahkan Jajahan Gegar Pahang pada 2 September di Super Top Ikan Bakar, Tanjung Lumpur pada jam 5.00 petang dan Cendawan Corner, Pekan pada jam 9.00 malam.

Pada tanggal 3 September, mari menghangatkan Pasar Pekan Sari, Pekan pada jam 10.00 pagi, Perkarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan pada jam 3.00 petang, Restoran D’Oasis, Kuantan pada jam 5.00 petang dan Medan Selera Kompleks Pelancongan, Kuantan pada jam 9.00 malam.

Hari terakhir Jajahan Gegar pada 4 September pula akan berlangsung di Pasar Tani UTC, Kuantan pada jam 10 pagi dan Jaman Tory Resepi Indera Mahkota Kuantan pada jam 2.00 petang.

Sertai Jajahan Gegar yang dibawakan oleh Deeja Cosmetic di lokasi dan tarikh di bawah untuk menyaksikan penyampai Ceria Pagi THR Gegar, Shah dan Zura berkolaborasi dengan Khai Bahar ‘busking’ di gerai terpilih.










Artikel Berkaitan


Komen