Kesilapan pelajar AF2016, Riana yang terlupa lirik sewaktu menyampaikan lagu Flora Cinta menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir peminat program tersebut.

Menerusi hashtag #AF2016, ramai pengguna laman sosial Twitter meluahkan rasa geram dan mendakwa Riana tidak serius sewaktu persembahan.

Ada juga yang mengatakan bahawa Riana lebih layak tersingkir berbanding Halmy dan Rais yang persembahannya jauh lebih baik berbanding pelajar wanita tersebut.

Bagaimanapun mereka akur dengan keputusan undian dan meminta supaya Riana tidak mensia-siakan peluang kedua yang diberikan oleh peminat.

Dalam pada itu, peminat Riana yang menonton perkembangannya menerusi Diari Af meminta supaya pelajar itu lebih fokus dengan pelajaran yang diberikan oleh tenaga pengajar supaya kejadian tersebut tidak berulang lagi.

Untuk konsert minggu ketiga yang bertemakan Rock & Etnik, mampukah Riana membuat persembahan dengan baik?

Sama-sama kita nantikan Ahad ini.

Saksikan Konsert AF 2016 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) secara ekslusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Manakala rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi pula boleh ditonton menerusi Diari AF 2016 pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 15 Ogos di saluran sama.

Untuk mengikuti perkembangan layari Akademi Fantasia.