Selepas Zukie disingkirkan dari Kumpulan Monyet Mafia di Super Spontan Superstar (SS Superstar) minggu kelima, sahabatnya Jamal pula menunjukkan rasa kecewa walaupun dia dari kumpulan lawan, Harimau Hipster.

Zukie disingkirkan ahli pasukannya selepas tamat permainan pada malam semalam (Jumaat), kelihatan akur dengan keputusan tersebut tetapi tidak kepada Jamal.

Jamal juga telah meninggalkan komen pada salah satu entri di Instagram @zukieeeee dengan menulis; “Kau dah buat yang paling baik bro, yang penting kita dah jejak minggu ke-lima walaupun first time masuk...Next week aku punya turn hahaha..”

Selain itu Jamal turut memuat naik video bersama Zukie di Instagram @jamaltetsu dan telah meluahkan rasa kecewa dan merasakan penyingkiran sahabatnya itu telah dirancang.

Kalini baru betul aku rasa sunyi.. biar kat sini kita terpisah..tapi dalam video kita bersama ? (aku tipu je) stage besar kita kat mana kita bermula.. #jamaltipujeni #bubbye

A video posted by JAMALTETSU? (@jamaltetsu) on



Penyingkiran Zukie telah menjadikan bilangan ahli Monyet Mafia berkurangan kepada lima dan bakal menyaksikan Johan, Kamal Adli, Altimet, Ali Puteh, Achey bakal berentap hingga ke titisan keringat terakhir merebut gelaran juara menentang Ozlyn, Tauke, Abam, Fad, Jamal dan Syuk dari Harimau Hipster.

Minggu kelima SS Superstar menampilkan pengarah dan pelakon Aziz M.Osman sebagai komentator jemputan bersama Afdlin Shauki.

Azrul Cham dan Joey pula merupakan tetamu jemputan yang masing-masing mewakili kumpulan Harimau Hispter dan Monyet Mafia.

SS Superstar dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai ‘pengacau’ atau ‘batu api’.

Program lawak paling ‘stailo’ ini juga bersiaran secara langsung dari Dewan Percubaan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada setiap Jumaat bermula jam 10 malam dan ditayangkan serentak menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134).

Klik pautan ini untuk ketahui perkembangan terkini mengenai Super Spontan Superstar.