Senarai Penuh Keputusan Pemenang Filem Festival Malaysia Ke-28

4 September 2016. 12.51 AM
259,780
Hiburan
Senarai Penuh Keputusan Pemenang Filem Festival Malaysia Ke-28

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang di Festival Filem Malaysia ke -28 (FFM28) yang berlangsung malam tadi.

Berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, FFM28 telah menyaksikan Munafik merangkul anugerah utama iaitu Filem Terbaik Nasional manakala Jagat dinobatkan sebagai penerima Filem Terbaik Malaysia.

Tidak ketinggalan juga untuk malam kemuncak FFM28, filem terbitan Astro Shaw, Polis Evo turut membawa pulang empat trofi.

Berikut adalah keputusan penuh bagi kesemua anugerah yang dipertandingkan malam tadi:

FILEM BOX OFFICE

Polis Evo - Astro Shaw

FILEM ANIMASI TERBAIK

BoboiBoy The Movie

PELAKON KANAK - KANAK TERBAIK

Tan Qin Lin - The Kid From The Big Apple

PELAKON BAHARU WANITA TERBAIK

Falisha Crosley - Mat Moto

PELAKON BAHARU LELAKI TERBAIK

Adam Shahz - Juvana 2

PENGARAH BAHARU TERBAIK

Shanjey Kumar Perumal - Jagat

PENYUNTING TERBAIK

Syamsul Yusof - Munafik

SINEMATOGRAFI TERBAIK

Haris Hue Abdullah - Polis Evo

LAKON LAYAR TERBAIK

Bea Tanaka - Nota

CERITA ASAL TERBAIK

Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK

Hushairi Husain - Polis Evo

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK

Fauziah Dato' Ahmad Daud - Langit Cinta

PELAKON LELAKI TERBAIK

Pekin Ibrahim - Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit

PELAKON WANITA TERBAIK

Nabila Huda - Munafik

PENGARAH TERBAIK

Syamsul Yusof - Munafik

FILEM TERBAIK NASIONAL

Munafik

FILEM TERBAIK MALAYSIA

Jagat

ANUGERAH KHAS JURI  1

Ola Bola - Angkat nilai perpaduan dan kekeluargaan menerusi semangat kesukanan

ANUGERAH KHAS JURI  2

Polis Evo - Angkat nilai produksi dan nilai komersial yang tinggi

ANUGERAH KHAS JURI  3

The Kid From The Big Apple - Trasnformasikan nilai budaya dan rapatkan jurang generasi

ANUGERAH KARYAWAN SEPANJANG ZAMAN

Deddy M. Borhan


Artikel Berkaitan