Konsert ketiga AF2016 menyaksikan tiada penyingkiran berlaku dan juara JoHaROckstar, Emy diumumkan sebagai pelajar baru.

Emy telah menyampaikan lagu Hancur Aku bersama kumpulan Estranged pada konsert Ahad lalu.

Namun itu yang anda dapat lihat di kaca televisyen. Apa pula berlaku di belakang tabir dan yang penonton di rumah tak dapat nak tengok?

Antaranya:

1.Bertemakan Rock & Etnik, sebelum konsert bermula pihak produksi telah menghangatkan suasana dengan memainkan muzik lagu nyanyian Gun N’ Roses, Sweet Child O’ Mine.

2. Datuk Ramli MS sibuk menangkap Pokemon. Dia kemudiannya ‘terkantoi’ dengan pihak pengurusan pentas kerana tidak ‘offkan’ aplikasi Pokemon GO di telefon bimbitnya sewaktu berjalan menuju ke kerusi juri.

3. Sebelum persembahan bermula, Zarol cuba untuk mengikat tali kasutnya namun tidak sempat.

4. Ketika Jasper menyampaikan lagu Joget Kelate, Zizan turut menari dengan penuh semangat. Siap buat tarian zapin lagi.

5. Ara terejut apabila hos AF memberitahu ada video yang akan ditayangkan berkenaan sesi latihan ketika Ara berlatih menari dangdut. Ara yang duduk bersama rakan-rakan yang lain panik dan berkata “Ala! Tak nak lah, janganlah tunjuk,” sambil menutup mukanya.

6. Amir tunjukkan bentuk ‘love’ kecik yang popular dikalangan peminat K-Pop. Bagi yang tidak biasa mungkin akan menyangka Amir membuat simbol duit. Opps!



7. Selepas membuat persembahan, Emy terus bergerak ke belakang pentas sebelum dia kemudiannya berpusing dan kembali ke pentas untuk bersama para pelajar AF. Emy juga tersenyum malu dengan tindakan tersebut. Mungkin Emy lupa dia adalah pelajar AF dan bukannya tetamu jemputan. Luculah Emy ni.

8. Sejurus konsert tamat, pengetua AF2016, Datuk Sheikh terus berjumpa dengan Emy.

9. Selepas undian ditutup tiga pelajar yang mendapat peratusan undian terendah adalah Riana, 7 %, Zarol, 7% dan Ikram 6%.

10. Manakala undian tertinggi pula dimiliki oleh Afi, 15%, Rahila 12% dan Reshma, 11%.

Saksikan Konsert AF 2016 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) secara ekslusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Manakala rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi pula boleh ditonton menerusi Diari AF 2016 pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 15 Ogos di saluran sama.

Untuk mengikuti perkembangan layari Akademi Fantasia.