Pelakon Korea Jo Hyun Jae mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Menurut Hyun Jae, dia membuat keputusan tersebut selepas lima tahun menjalinkan hubungan cinta dan bakal isterinya bukan daripada kalangan selebriti.

Hyun Jae berkongsi berita gembira itu menerusi laman sosial (fancafe) miliknya baru-baru ini.

“Hello, ini adalah Jo Hyun Jae. Kepada semua peminat yang sentiasa menyokong, memeberi kekuatan dan sentiasa bersama seperti keluarga, ingin saya maklumkan secara rasmi bahawa saya bakal berkahwin.

“Saya mahu anda semua menjadi orang pertama yang tahu, kami telah berkenalan selama lima tahun dan kini kami sedang membuat persiapan perkahwinan.



“Memandangkan ini adalah perkara peribadi dan pasangan saya juga bukanlah selebriti, jadi saya mahu menjaga kehidupan privasinya.

“Saya harap anda semua dapat memahami dan saya juga sudah merancang untuk memulakan kehidupan berkeluarga.

“Terima kasih atas sokongan anda dan saya berjanji akan menjadi pelakon yang lebih baik di masa akan datang. Saya akan berusaha lebih keras untuk anda semua.

“Kepada peminat yang saya hargai, saya sayangkan anda semua. Terima kasih,” tulisnya.

Dalam pada itu, Hyun Jae juga berkongsi foto hitam putih bersama tunangnya. Masing-masing memakai busana pengantin.

Sumber: Soompi