Pesanan usahawan dan suami kepada penyanyi Adira, Datuk Red mendapat perhatian pengikut Instagram (IG)nya.

Menerusi kapsyen tersebut, pengikut IG merasakan Datuk Red seolah-olah memberikan pesanan buat para suami yang melalui kehidupan berpoligami.

“Jagalah tanggungjawab mu, walau macam mana pun halangan. Kerana itu adalah tanggungjawab mu, #datoredhensem #tqsayangbelanjermakan #beday40,”
tulisnya.

Entri itu juga disertakan dengan fotonya bersama Adira dan anak mereka, Anggrek.

Jaga la tanggungjawab mu...walau mcmner pon halangan..kerna itu adalah tanggungjawab mu... #datoredhensem #tqsayangbelanjermakan #beday40

A post shared by Dato Red is hensem (@dato.red) on


Datuk Red berkahwin dengan Adira di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Pasangan ini menimang cahaya mata yang diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017.

Manakala menerusi perkahwinan Datuk Red bersama isteri pertamanya iaitu Datin Red, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Foto: Instagram @dato.red