Bersempena dengan Karnival Terbaek Drama 2018 yang bakal berlangsung pada 24 sehingga 25 Mac ini di Technology Park Malaysia (TPM), Bukit Jalil, temui pelakon-pelakon kegemaran anda dalam sesi meet and greet!

Pelakon ternama seperti Fattah Amin dan Janna Nick serta ramai lagi pelakon terkenal akan memeriahkan karnival yang bakal berlangsung selama dua hari itu.

Selain sesi meet and greet, Karnival Terbaek Drama 2018 juga akan mengadakan sesi pencarian wajah baru drama serta tayangan beberapa pra tonton drama istimewa.

Orang ramai yang hadir juga pada Karnival Terbaek Drama 2018 akan turut dihiburkan dengan persembahan daripada selebriti terkenal dan penampilan khas Didi & Friends.

Pengunjung juga akan dapat menyaksikan perlumbaan kereta diantara Fattah Amin, Janna Nick dan beberapa orang artis popular lain berlumba dalam merebut kejuaraan dalam Toyota Gazoo Racing.

Jangan lepaskan peluang anda untuk beramah mesra dengan artis kesayangan anda serta memeriahkan Karnival Terbaek Drama 2018 dan Toyota Gazoo Racing.

Pelbagai aktiviti menarik lain turut diadakan bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.30 petang bersempena dengan Karnival Terbaek Drama 2018 dan Toyota Gazoo Racing.

Untuk pelbagai info mengenai Toyota Gazoo Racing, layari Toyota Gazoo Racing Malaysia untuk maklumat lanjut.