Dalam status terkininya di Instagram (IG), Syamsul menjelaskan namanya sekali lagi digunakan pihak lain menerusi kewujudan akaun Facebook palsu.
Syamsul meminta agar para peminat tidak mudah percaya terhadap status di akaun media sosial itu yang bertindak menggunakan namanya.
Lebih malang, kenyataan dalam status akaun Facebook itu berkaitan dengan politik.
Nampaknya tengah jadi isu hangat orang ramai berteki teki tarikh pilihan raya umum ke-14 (PRU14), nama Syamsul pula jadi mangsa.
"Anda janganlah mudah percaya dgn fitnah yg mengaitkan nama sy dlm isu politik ataupun apa saja. Jangan mudah percaya sbab ramai buat fake Acc Syamsul Yusof," katanya.
Seperti apa yang dikatakan Syamsul, kes sedemikian bukan pertama kali berlaku. Beliau sendiri menyedari banyak akaun media sosial palsu dirinya wujud sebelum ini.
Pada peminat, Syamsul memberitahu dia tidak mempunyai akaun Facebook peribadi cuma akaun 'Fan Page' yang diselia oleh kakitangannya.
Sebelum situasi jadi tambah melarat, Syamsul bagi amaran supaya individu yang menyamar dirinya berhenti daripada melakukan perbuatan tersebut sebelum dia mengambil tindakan udang-undang.
Foto: syamsulyusoffilm (Instagram)
Teks oleh: Elrafaei Sapi