Bintang terkenal Bollywood, Aamir Khan mengakui dirinya mempunyai masalah ketagihan merokok sehingga menggangu kesihatan dirinya.

Menurut laporan Pinkvilla, Aamir Khan telah bertekad ingin berhenti menghisap rokok sepenuhnya sempena menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-54.

"Sebenarnya disebalik penampilan yang dibanggakan oleh orang ramai, saya mempunyai tabiat buruk iaitu masalah ketagihan merokok.

"Sudah beberapa kali saya mengambil keputusan untuk berhenti merokok namun tidak berjaya dan semperna menyambut ulangtahun kelahiran pada tahun ini saya berharap dapat membuang tabiat buruk itu sepenuhnya.

"Walupun seperti sukar untuk dilakukan namun saya berharap dengan semangat dan dorongan daripada orang ramai saya dapat melakukannya.

"Kerana tabiat itu juga kesihatan saya sering terganggu dan memberi kesan yang buruk pada masa akan datang," katanya.

Tambah Aamir Khan, dia berharap apa yang dilakukan ini dapat diikuti oleh peminatnya kerana baginya merokok adalah amat merbahaya pada kesihatan.

Sumber: Pinkvilla