Pelawak dan penyanyi Achey mengakui tidak mahu mahu dikenali sebagai pelawak semata-mata sebaliknya mahu menjadi artis serba boleh.

Menurut Achey, dia mahu meneroka lebih mendalam lagi tentang dunia hiburan dan mengembangkan bakat untuk terus kekal relevan.

"Mungkin ramai mengenali saya sebagai seorang pelawak namun kalau boleh saya mahu menjadi seperti Datuk AC Mizal yang boleh melakukan apa sahaja dalam bidang hiburan.

"Jadi disebabkan itu juga saya menceburi bidang nyanyian agar saya boleh menjadi seorang selebriti serba boleh dan bukannya hanya sebagai seorang pelawak.

"Selagi ada bakat dalam diri ini, saya akan cuba tonjolkan kepada orang ramai kerana peluang sudah ada jadi saya hanya harus berusaha lebih untuk mengecapinya," katanya kepada Astro Gempak.

Achey berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem Hantu Wangan di Mmcineplexes e@curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Selain Achey, filem Hantu Wangan dibintangi oleh Risteena Munim, Cat Farish, Suffian Shafi, Ruminah Sidek dan Syanie Aida.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem Hantu Wangan di pawagam berdekatan pada 22 Mac ini.