Penyanyi kesayangan rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan rasa terharu atas ucapan selamat yang diberikan oleh peminat kepada dirinya.

Menerusi kenyataan di akaun Instagram miliknya sebentar tadi, Siti mengucapkan terima kasih kepada peminat selain bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah, di atas kurniaan Allah. Terima kasih, di atas ucapan-ucapan tahniah.

“Dengan penuh rasa rendah hati, saya dan suami ingin menzahirkan rasa terharu dan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah mendoakan kami. Syukur Ya Allah #babyCTDK,”
tulisnya.

Assalamualaikum, Alhamdulillah, di atas kurniaan Allah. Terima kasih, di atas ucapan-ucapan tahniah. Dengan penuh rasa rendah hati, saya dan suami ingin menzahirkan rasa terharu dan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah mendoakan kami. Syukur Ya Allah. #babyCTDK

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Posting itu turut disertakan dengan sedutan video muzik lagu khas untuk anaknya, berjudul Comel Pipi Merah.

Dalam pada itu, ruangan komen posting itu dihujani dengan ucapan tahniah dan selamat berpantang.

Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi sulungnya di sebuah pusat perubatan Kuala Lumpur pada pukul 8.17 pagi tadi.

Bayi seberat 3.55 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan.

Khabar gembira itu dimaklumkan sendiri oleh pengurus peribadi beliau, Rozi Abdul Razak menerusi kenyataan rasmi di media sosial.

[[BACA: Siti Selamat Bersalin Puteri Sulung]]

Foto: Instagram @ctdk

Teks oleh: Mya Amri