Anak tiri penyanyi nombor satu negara, Asyraf Khalid berkongsi keterujaan menantikan cahaya mata sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Kehadiran zuriat Siti sekali gus menambah bilangan adik-beradik menjadi lima orang.

"Kali terakhir saya mendapat adik baru sudah terlalu lama dahulu, sekarang dalam tempoh beberapa hari saja lagi saya akan menerima adik baru.

"Mak Iti (DS Siti Nurhaliza), saya sangat gembira, salah satu impianmu menjadi realiti," tulis Asyraf menerusi Instagramnya.

Asyraf juga memuji usaha Siti yang tidak pernah mengenal erti jemu untuk mendapat sesuatu yang diimpikan.

"Seperkara yang saya belajar daripada Mak Iti adalah jangan pernah berputus asa. Banyak kali mencuba, gagal, cuba lagi, gagal lagi tetapi tidak pernah lelah.

"Akhirnya, Allah telah menjawab doa Mak Iti, kami sekeluarga dan satu Malaysia.

"Saya doakan semoga cahaya mata sulung Mak Iti akan memberikan Mak Iti dan Ayah kegembiraan dalam hidup dan kepada kita sekeluarga.

"Tahniah dan saya sudah tidak sabar menunggu kelahiran puteri dalam keluarga kita," tambahnya.

The last time i had a sibling, it has been a while now, in a few days, i will get another sibling, a baby princess. Mak Iti @ctdk i’m so happy for you. Another dream of yours becoming reality. One thing i learn from u is that, you never give up. Many times you tried, but failed, you tried again, and failed again, but you never gave up. In the end, Allah answer your prayers, our prayers, Malaysian across the country’s prayers. I pray & Inshaallah your 1st born will give you & Ayah so much happiness and joy in your life, and our life as a family. Congratulations, and i can’t wait to welcome our new baby princess in our family.

A post shared by Tun Asyraf Khalid™ (@asyrafkhalid) on


Dalam perkembangan sama, pengurus Siti, Rozi Abdul Razak memaklumkan penyanyi itu masih belum bersalin dan memohon peminat memberikan ruang kepada Siti sekeluarga.

Belum..belum..hehehehe. Tadi @ctdk ditemubual secara panggilan video di Melodi TV3, @meloditv3 maknanya beliau masih belum bersalin. Kepada para peminat @ctdk dan juga rakan-rakan media yang dihormati, jangan risau, sebagaimana beliau membuat pengumuman hamil secara ‘samarata’ , jika beliau selamat melahirkan nanti, pihak kami juga akan berbuat demikian. Kita bagi @ctdk, suami dan keluarga sedikit ruang dan kala tiba saat dan harinya, pasti khabar ini akan dikongsi bersama. Terima kasih kepada yang tak putus-putus bertanya khabar, mendoakan dan juga menghubungi, inshaAllah seperti yang saya tuliskan di atas, tiba saat dan harinya, selesai semua perkara, khabar ini akan dikongsikan jua. ?❤️? @kakifoto_

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on


Menerusi perkahwinan terdahulu, Datuk K dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhd Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief.

Siti dan Datuk K telah mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 dan mengumumkan berita kehamilannya selepas 11 tahun berkahwin.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @asyrafkhalid